Umar bin Abdul Aziz (61 – 101 H)
Saat itu tengah malam di
kota Madinah. Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin Khatab r.a. berjalan
menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia coba untuk tidak melewatkan satupun dari
pengamatannya. Menjelang dini hari, pria ini lelah dan memutuskan untuk
beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah olehnya percakapan antara ibu dan
anak perempuannya dari dalam rumah dekat dia beristirahat.
“Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air,” kata sang ibu.
“Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu
yang dicampur air,” jawab sang anak.
“Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho insyaallah
Amirul Mukminin tidak mengetahuinya,” kata sang ibu mencoba meyakinkan anaknya.
“Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab dari Amirul
Mukminin pasti melihatnya,” tegas si anak menolak.
Mendengar percakapan
ini, berurailah air mata pria ini. Karena subuh menjelang, bersegeralah dia ke
masjid untuk memimpin shalat Subuh. Sesampai di rumah, dipanggilah anaknya
untuk menghadap dan berkata, “Wahai Ashim putra Umar bin Khattab. Sesungguhnya
tadi malam saya mendengar percakapan istimewa. Pergilah kamu ke rumah si anu
dan selidikilah keluarganya.”
Ashim bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah ayahndanya yang tak lain
memang Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang bergelar Amirul Mukminin.
Sekembalinya dari penyelidikan, dia menghadap ayahnya dan mendengar ayahnya
berkata,
“Pergi dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu.
Aku lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak keturunanmu.
Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin
bangsa.”
Begitulah, menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut.
Dari pernikahan ini, Umar bin Khattab dikaruniai cucu perempuan bernama Laila,
yang nantinya dikenal dengan Ummi Ashim. Suatu malam setelah itu, Umar
bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat seorang pemuda dari keturunannya, bernama
Umar, dengan kening yang cacat karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam
seperti dia memimpin umat Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya
saja. Saat Umar meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.
Pada saat kakeknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab terbunuh pada tahun 644
Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim menjalani
12 tahun kekhalifahan Ustman bin Affan sampai terbunuh pada tahun 656 Maserhi.
Setelah itu, Ummi Ashim juga ikut menyaksikan 5 tahun kekhalifahan Imam Ali bin
Abi Thalib r.a. Hingga akhirnya Muawiyah berkuasa dan mendirikan Dinasti
Umayyah.
Pergantian sistem kekhalifahan ke sistem dinasti ini sangat berdampak pada
Negara Islam saat itu. Penguasa mulai memerintah dalam kemewahan. Setelah
penguasa yang mewah, penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan bersemi.
Ambisi kekuasaan dan kekuatan, penumpukan kekayaan, dan korupsi mewarnai
sejarah Islam dalam Dinasti Umayyah. Negara bertambah luas, penduduk bertambah
banyak, ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang, tapi orang-orang semakin
merindukan ukhuwah persaudaraan, keadilan dan kesahajaan Ali, Utsman, Umar, dan
Abu Bakar. Status kaya-miskin mulai terlihat jelas, posisi pejabat-rakyat mulai
terasa. Kafir dhimni pun mengeluhkan resahnya, “Sesungguhnya kami merindukan
Umar, dia datang ke sini menanyakan kabar dan bisnis kami. Dia tanyakan juga
apakah ada hukum-hukumnya yang merugikan kami. Kami ikhlas membayar pajak
berapapun yang dia minta. Sekarang, kami membayar pajak karena takut.”
Kemudian Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi penggantinya.
Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti Umayyah yang dia buat
sendiri. Yazid bukanlah seorang amir yang semestinya. Kezaliman dilegalkan dan
tindakannya yang paling disesali adalah membunuh sahabat-sahabat Rasul serta
cucunya Husein bin Ali bin Abi Thalib. Yazid mati menggenaskan tiga hari
setelah dia membunuh Husein.
Akan tetapi, putra Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah. Dia
menyadari kesalahan kakeknya dan ayahnya dan menolak menggantikan ayahnya. Dia
memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong. Terjadilah rebutan
kekuasaan dikalangan bani Umayah. Abdullah bin Zubeir, seorang sahabat utama
Rasulullah dicalonkan untuk menjadi amirul mukminin. Namun, kelicikan
mengantarkan Marwan bin Hakam, bani Umayah dari keluarga Hakam, untuk mengisi
posisi kosong itu dan meneruskan sistem dinasti. Marwan bin Hakam memimpin
selama sepuluh tahun lebih dan lebih zalim daripada Yazid.
Kelahiran Umar bin Abdul
Aziz
Saat itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah
Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 – 705 M) yang
merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh, ahli fiqh
dan tafsir, serta raja yang baik terlepas dari permasalahan ummat yang diwarisi
oleh ayahnya (Marwan bin Hakam) saat itu.
Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di
Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar kecil hidup
dalam lingkungan istana dan mewah. Saat masih kecil Umar mendapat kecelakaan.
Tanpa sengaja seekor kuda jantan menendangnya sehingga keningnya robek hingga
tulang keningnya terlihat. Semua orang panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz
seketika tersentak dan tersenyum. Seraya mengobati luka Umar kecil, dia
berujar,
“Bergembiralah engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insyaallah
terwujud, dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki bangsa ini.“
Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa
berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam
bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih
kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru
dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair,
Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau
melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Semasa Khalifah Walid bin Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan
gabernur Madinah/Hijaz dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika
itu usianya lebih kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik
memerintah, beliau dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah.
Pada masa itu usianya 33 tahun.
Umar bin Abdul Aziz
mempersunting Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai istrinya. Fatimah
binti Abdul Malik bin Marwan adalah putri dari khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Demikian juga, keempat saudaranya pun semua khalifah, yaitu Al Walid Sulaiman,
Al Yazid, dan Hisyam. Ketika Fatimah dipinang untuk Umar bin Abdul Aziz, pada
waktu itu Umar masih layaknya orang kebanyakan bukan sebagai calon pemangku
jabatan khalifah.
Pengangkatan Umar bin
Abdul Aziz sebagai Khalifah
Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin
Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik
menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak
suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil
orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula
berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau
bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah
dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:
“Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa
meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada
aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku
membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah
yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai
serentak berkata:
“Kami telah memilih kamu
wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian
perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”.
Lalu beliau berpesan
kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong
mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka:
“Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati
dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh
sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku
taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada
Allah, janganlah sesiapa mentaati aku”. Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian
beliau berkata kepada mereka: “Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya
pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara
zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?” Lalu mereka
menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa
pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang
mencerobohnya.” Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut
sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak
beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: “Aku berpendapat bahawa
ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya.
Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama
dengan orang yang mengambilnya secara zalim.” Umar berpuas hati mendengar
pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara
zalim kepada pemilik asalnya.
Sesudah Umar bin Abdul
Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan
pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.
Umar berkata kepadanya,
“Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua.”
Fatimah bertanya kepada suaminya, “Memilih apa, kakanda?”
Umar bin Abdul Azz menerangkan, “Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau
pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu.”
Kata Fatimah, “Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu,
ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku.”
Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan
menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul
Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit.
Setelah menjadi khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip
kepada sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang
disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan
ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan
mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai
yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh
Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata
tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi
dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan rakyat
miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang
menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang
telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya
mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk
mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan
para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar
Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama
hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya
menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek,
Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat
Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar
hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada
raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada
Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang
dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk
Islam.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan
keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin semua rakyat dilayani
dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat
berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai
keadilan di zaman kakeknya, Khalifah Umar Al-Khatab.
Pada masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada
pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan
yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta
zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah
kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan
Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah mencapai pintu kota Paris
di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan
pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya.
Kematian beliau
Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah
hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan
digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik.
Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: “Kamu telah
sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh
yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau
akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang
berasingan.”
Terdapat banyak riwayat dan atsar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di
antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku
(zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya
dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah
menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat
imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul
Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gubernur Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah
berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang
berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi
Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.”
Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi
baiah kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar bin Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan
keluarga Firaun”
5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama
dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia
sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut
berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mau”.
Tetapi tiada yang mau menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya
Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap
malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati
dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab
Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”